Sekapur Sireh




Bismillahirrahmanirrahim....
Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran saya kehadrat Allah S.W.T kerana telah memberikan kesihatan yang baik kepada saya dan memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah Matematik iaitu Dr. Suhaidah Tahir kerana telah memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan kepada saya sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Sesungguhnya, tanpa sokongan daripada beliau saya pasti tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan.
Seterusnya tidak lupa juga kepada kepada isteri dan anak yang disayangi, kedua ibubapa saya dan mentua yang dikasihi. Juga buat semua rakan-rakan seperjuangan yang memberi idea dan berkongsi idea dalam melaksanakan tugasan ini. Jasa anda semua saya akan kenang sehingga akhir hayat saya.
Akhir kata, semua yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang tidak baik itu datangnya daripada kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri. Sekian.

Wassalam...