27 November 2010

Video cara menyukat isipadu cecair



Video ini menunjukkan bagaimana cara membaca sukatan pada silinder penyukat dengan betul.


Ralat paralaks (dalam Bahasa Inggeris disebut 'meniscus') merupakan kesilapan pengukuran yang berlaku apabila seseorang membaca tanda skala dari kedudukan yang salah. Semasa mengambil bacaan, kedudukan mata harus betul-betul tegak di depan tanda skala untuk mengelakkan ralat paralaks.


Contohnya :

Semasa mengambil nilai bacaan dalam silinder penyukat, kelalang kon atau tabung uji, kedudukan mata ke paras cecair tidak tepat sehingga menyebabkan kesalahan semasa mengambil nilai bacaan.


Apabila kedudukan mata berada lebih tinggi daripada aras bacaan, bacaan yang diperolehi adalah lebih rendah daripada bacaan sebenar.

Apabila kedudukan mata berada lebih rendah daripada aras bacaan, bacaan yang diperolehi adalah lebih tinggi daripada bacaan sebenar.

Bacaan yang paling tepat adalah apabila kedudukan mata separas, selari, searas dengan aras bacaan.

Sepertimana yang ditunjukkan pada rajah dibawah.



Penerangan dalam bahasa yang lebih mudah

Aras mata tinggi, bacaan kurang
Aras mata rendah, bacaan lebih
Aras mata separas, bacaan TEPAT

No comments:

Post a Comment