Salah satu topik yang dipelajari oleh murid tahun 2 ialah isipadu cecair. Mereka mempelajari tentang penggunaan kosa kata yang berkaitan dengan isipadu cecair dalam kontek yang lebih praktikal. mereka mula memahami tentang isipadu bekas yang kosong, penuh, separuh penuh, isi kandungan bekas yang lebih banyak, kurang atau sama. Kemahiran mengganggar dititikberatkan dengan membanding bilangan bekas kecil yang diperlukan untuk mengisi penuh bekas yang lebih besar.
Seterusnya, unit piawai digunakan untuk menentukan isipadu cecair bagi sesuatu bekas. Bagaimanapun, skop penggunaan unit hanya terhad kepada liter sahaja. Contohnya, 1 liter, 2 liter, 3 liter dan seterusnya. Dimana kefahaman murid tentang 1 liter adalah bersamaan 1000 mililiter, 2000 mililiter, 3000 mililiter dan seterusnya. Penggunaan unit yang lebih kecil hanya akan didedahkan pada tahun-tahun pembelajaran seterusnya.
Pada tahun ini, keutamaan diberikan terhadap kefahaman tentang kosa kata berkaitan, membanding isipadu bekas menggunakan unit tidak piawai dan unit piawai.
Dalam tugasan ini, salah konsep tentang menyukat isipadu diterangkan. Terutamanya menggunakan silinder penyukat. Kedudukan mata semasa membaca isipadu cecair pada silinder penyukat mestilah searas dengan aras cecair. Ketepatan bacaan menjurus kepada budaya mendapatkan keputusan yang pasti. Penerangan pada peringkat awal kanak-kanak untuk menggalakkan aliran pembelajaran murid yang baik untuk tahun-tahun persekolah akan datang.
Seterusnya, dua jenis kit pengajaran dibuat untuk membantu proses pembelajaran murid dimana kit untuk murid berpencapaian tinggi dan kit untuk murid berpencapaian rendah. Dua aktiviti direka supaya murid berpencapaian rendah dan tinggi berpeluang untuk belajar menyukat menggunakan unit tidak piawai dan unit piawai.
Seterusnya, dua jenis kit pengajaran dibuat untuk membantu proses pembelajaran murid dimana kit untuk murid berpencapaian tinggi dan kit untuk murid berpencapaian rendah. Dua aktiviti direka supaya murid berpencapaian rendah dan tinggi berpeluang untuk belajar menyukat menggunakan unit tidak piawai dan unit piawai.