Aktiviti Murid Berpencapaian Rendah

Topik : Isipadu Cecair
Tajuk : Menyukat dan membanding isipadu cecair
Objektif Pembelajaran : 
  1. Murid akan mahir menyukat dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit tidak piawai
  2. Murid akan mahir menyukat dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai iaitu silinder penyukat
Hasil Pembelajaran :  
  1. Murid boleh menyukat dan membanding isipadu cecair menggunakan unit tidak piawai
  2. Murid boleh menyukat dan membandingisipadu cecair menggunakan unit piawai iaitu silinder penyukat
Kit Pengajaran (1) : 1 cawan, 1 gelas, 1 gayung, 1 jug, 1 baldi, air, 1 silinder penyukat 1000ml





Aktiviti pengajaran dan pembelajaran - Set aktiviti (1)


  1. Guru menyediakan carta berkaitan
  2. Guru tunjukcara menyukat isipadu cecair bagi gayung menggunakan cawan. Bersama murid catat bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi penuh gayung.
  3. Berapa orang murid dipilih untuk melakukan aktiviti berikut :
    1. menyukat dan membanding isipadu cecair gayung dengan menggunakan gelas
    2. menyukat dan membanding isipadu cecair jug dengan menggunakan gayung
    3. menyukat dan membanding isipadu cecair baldi dengan menggunakan jug
  4. Catatan dibuat pada carta yang disediakan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran - Set aktiviti (2)
  1. Guru menyediakan carta berkaitan
  2. Guru tunjukcara menyukat isipadu cecair bagi gayung menggunakan silinder penyukat 1000ml. Bersama murid catat bilangan silinder penyukat yang diperlukan untuk mengisi penuh gayung.
  3. Berapa orang murid dipilih untuk melakukan aktiviti berikut :
    1. menyukat dan membanding isipadu cecair gayung dengan menggunakan silinder penyukat 1000ml
    2. menyukat dan membanding isipadu cecair jug dengan menggunakan silinder penyukat 1000ml
    3. menyukat dan membanding isipadu cecair baldi dengan menggunakan silinder penyukat 1000ml
  4. Catatan dibuat pada carta yang disediakan