Topik : Isipadu Cecair
Tajuk : Menyukat dan membanding isipadu cecair
Objektif Pembelajaran :
- Murid akan mahir menyukat dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit tidak piawai
- Murid akan mahir menyukat dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai iaitu silinder penyukat
Hasil Pembelajaran :
- Murid boleh menyukat dan membanding isipadu cecair menggunakan unit tidak piawai
- Murid boleh menyukat dan membanding isipadu cecair menggunakan unit piawai iaitu silinder penyukat
Kit Pengajaran (2) : 1 cawan, 2 gelas, 4 gayung, 3 jug, 2 baldi, air, 6 silinder penyukat 1000ml
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran - Set aktiviti (1)
- Guru telah sediakan beberapa stesen seperti dibawah ini.
- Stesen 1 - cawan dan gayung
- Stesen 2 - gelas dan gayung
- Stesen 3 - gelas dan jug
- Stesen 4 - gayung dan jug
- Stesen 5 - gayung dan baldi
- Stesen 6 - jug dan baldi
- Guru bahagikan kelas kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan lantik seorang ketua. Guru edar Kad Tugasan (1).
- Murid jalankan aktiviti melalui kad tugasan yang diberi. Wisel ditiup selang 3 minit untuk murid bergerak ke stesen seterusnya.
- Murid berkumpul setelah aktiviti selesai. Kad tugasan dikumpul dan diagihkan kepada kumpulan lain untuk penilaian.
- Guru tunjuk cara bagaimana menyukat dan membanding isipadu cecair bagi setiap stesen. Murid membuat penilaian pada kad tugasan rakan-rakan mereka itu.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran - Set aktiviti (2)
- Guru telah sediakan beberapa stesen seperti dibawah ini.
- Stesen 1 - gayung dan silinder penyukat 1000ml
- Stesen 2 - jug dan silinder penyukat 1000ml
- Stesen 3 - gayung dan silinder penyukat 1000ml
- Stesen 4 - jug dan silinder penyukat 1000ml
- Stesen 5 - gayung dan silinder penyukat 1000ml
- Stesen 6 - jug dan silinder penyukat 1000ml
- Guru bahagikan kelas kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan lantik seorang ketua. Guru edar Kad Tugasan (2).