Azmi's Blog
Tugasan HBMT2103 Teaching Mathematics in Year Two - VOLUME OF LIQUID
06 June 2014
27 November 2010

Video cara menyukat isipadu cecair
Ralat paralaks (dalam Bahasa Inggeris disebut 'meniscus') merupakan kesilapan pengukuran yang berlaku apabila seseorang membaca tanda skala dari kedudukan yang salah. Semasa mengambil bacaan, kedudukan mata harus betul-betul tegak di depan tanda skala untuk mengelakkan ralat paralaks.
Contohnya :
Semasa mengambil nilai bacaan dalam silinder penyukat, kelalang kon atau tabung uji, kedudukan mata ke paras cecair tidak tepat sehingga menyebabkan kesalahan semasa mengambil nilai bacaan.
Apabila kedudukan mata berada lebih tinggi daripada aras bacaan, bacaan yang diperolehi adalah lebih rendah daripada bacaan sebenar.
Apabila kedudukan mata berada lebih rendah daripada aras bacaan, bacaan yang diperolehi adalah lebih tinggi daripada bacaan sebenar.
Bacaan yang paling tepat adalah apabila kedudukan mata separas, selari, searas dengan aras bacaan.
Sepertimana yang ditunjukkan pada rajah dibawah.
